Profil Syarikat

VeMMA
adalah sebuah syarikat yang diuruskan oleh keluarga dan berasaskan nilai
keluarga dan ditubuhkan oleh pengasas New Vision. New Vision yang ditubuhkan
sejak 10 tahun
yang lalu ialah pemimpin dalam industri kesihatan dan mencapai jumlah jualan
runcit yang melebihi USD$1
bilion dolar.
New
Vision telah menjadi sebuah syarikat yang terkemuka, kukuh dan boleh dipercayai
dalam industri pemasaran rangkaian. New Vision beroperasi dari Ibu Pejabat baru
seluas 26,000 kaki persegi di 8322, East Hartford Drive, Scottsdale, Arizona,
Amerika Syarikat. Syarikat ini juga mempunyai sebuah pusat pengedaran yang
canggih seluas 25,000 kaki persegi serta sebuah kemudahan perkilangan cecair di
Tempe, Arizona. Walau bagaimanpun di dalam industri pemasaran rangkaian
(multilevel marketing), kadar syarikat baru yang gagal pada tahun pertama
adalah sebanyak 90% dan disusuli lebih 98% dalam tempoh lima tahun, New Vision
telah mencapai kejayaan dan keuntungan selama sepuluh tahun. Malah, yang lebih
mengagumkan ialah New Vision telah membayar royalti hampir USD$500 juta dolar
kepada ahli-ahlinya dan tidak pernah lewat menghantar cek-cek royalti atau
menunaikan janjinya kepada para ahli.
Kedua-dua
New Vision
dan VeMMA
dimiliki oleh BK Boreyko
dan adik perempuannya, Karen
dan Lauren. Ibu bapa mereka, Ben dan Dottie Boreyko ialah
pemasar rangkaian yang berjaya. Mereka telah lama terlibat dalam industri ini
sejak zaman kanak-kanak mereka. Pada umur 7 tahun, BK bermula membantu ibu
bapanya mengendalikan perniagaan Amway mereka. Pada umur 18 tahun beliau
menubuhkan perniagaan pengedaran Amway sendiri sehingga peringkat PS Direct. Apabila
beliau berumur 30-an , beliau dan keluarganya telah melancarkan pemasaran
rangkaian generasi baru yang dinamakan New Vision. New Vision ditubuhkan
berasaskan kekuatan dan keberanian ibu mereka yang telah meninggal dunia akibat
penyakit kanser, setahun sebelum New Vision ditubuhkan. Misi New Vision agak
mudah, iaitu meningkatkan kualiti hidup keluarga dari segi fizikal dan
kewangan. Dalam beberapa bulan sahaja, syarikat ini telah mencapai pertumbuhan
dan kejayaan yang mengagumkan oleh berkat kepimpinan yang dinamik sehingga
disifatkan sebagai kapal roket oleh majalah Success Magazine. Tidak
lama kemudian, BK dan adiknya Jason telah dihadiahi Anugerah Usahawan Cemerlang
di Arizona oleh Ernst and Young atas berbagai-bagai inovasi dan sumbangan
syarikat mereka.

BK
bersyukur dengan setiap kejayaan dan restu yang dialami dan telah menggunakan
sumber peribadi dan syarikat untuk membantu mereka yang kurang bernasib dengan
menyumbang lebih daripada USD$2.5 juta dolar kepada berbagai-bagai pertubuhan
dan kegiatan amal seperti Habitat for Humanity, Dream Centre, United Way,
Yayasan Hutan Hujan dan Yayasan Dottie Boreyko (untuk membantu golongan belia
di bandar).
New
Vision telah memperkaya hidup beribu-ribu orang di Amerika Syarikat, Kanada,
Jepun, Singapura, Malaysia, Filipina, Australia dan New Zealand. Syarikat yang
mantap dan dihormati ini memberikan ketenangan hati kepada Ahli Pasukan
(pemimpin luar), Pemain Pasukan ( kakitangan Ibu Pejabat) dan Para Pelanggan
kerana mereka sedar bahawa masa, tenaga dan sumber yang dilabur oleh mereka di
dalam New Vision pada hari ini akan mendatangkan ganjaran kepada mereka pada
hari esok.
VeMMA
ialah hasil usaha dan pengalaman yang dilaburkan dalam bidang pemasaran
rangkaian selama 10 tahun untuk mencipta peluang yang sempurna bagi 10 tahun
yang akan datang serta masa depan selepas itu! Ini ialah peluang anda untuk
mencapai hidup kaya dan bahagia yang akan memberi anda kebebasan dan keselesaan
yang kita semua harap-harapkan dengan sokongan kukuh yang diberi oleh sebuah
syarikat gergasi yang sungguh berjaya di dalam industri pemasaran rangkaian.
PROGRAM
PEMAKANAN VeMMA
Barangkali
antioksidan cecair yang
paling berkesan di seluruh dunia!
Manggis
yang dikenali sebagai Ratu Buah-Buahan telah diguna oleh pengamal kesihatan di
benua Asia sejak berkurun-kurun kerana faedah pemakanan dan rasa enaknya.
Dengan mencantumkan kuasa antioksidan manggis dengan vitamin, zat mineral yang
berpunca daripada tumbuhan , aloe vera dan teh hijau, anda dapat mencapai satu
asas pemakanan unggul, iaitu Program Pemakanan VeMMA Essential for Life!
Seperti
dimaklum ramai, pengambil multivitamin dan zat mineral setiap hari adalah
penting untuk kesihatan sempurna pada jangka masa yang panjang. Program
Pemakanan VeMMA menyediakan dua rumusan cecair yang sungguh berkesan dan
menyediakan vitamin, zat mineral dan antioksidan yang anda perlu untuk membina
asas pemakanan yang kukuh. Setiap produk VeMMA adalah mudah diserap oleh badan
(bioavailable) , lazat dan mudah diambil.
Dalam
Program Pemakanan VeMMA ini, anda akan mendapat sebotol Mangosteen Plus @32
auns dan sebotol Kiwi-Strawberry Essential Mineral @ 32 auns. Isikan separuh
gelas ukuran VeMMA anda (yang terkandung dalam program anda) dengan Mangosteen
Plus dan bakinya dengan Essential Minerals sebagai minuman bertenaga anda pada
setiap hari! |